Thursday 8 December 2011

JURNAL PILIHAN





Ideopolis di wilayah Bandaraya Kuala Lumpur: Ke arah
memperkasakan daya saing hub pendidikan di peringkat global





Abstrak
Anjakan paradigma ke arah k-ekonomi dalam era globalisasi memerlukan pelbagai pihak berkepentingan, sama ada mereka itu pihak industri, governans ataupun universiti menjadi lebih berdaya saing, proaktif dan inovatif dalam mencipta peluang-peluang baru. Bagi memenuhi tuntutan-tuntutan ini, pembentukan sebuah ideopolis sebagai satu strategi pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan menjadi fokus kebanyakan negara-negara sedang membangun. Banyak kajian menunjukkan bahawa melalui pendidikan atau hub pendidikan, sembilan komponen atau pemacu sebuah ideopolis dibangunkan dan berkembangan dari wilayah bandar raya. Ini termasuklah membuat pelaburan secara fizikal bagi bandar raya ilmu, membina aset sedia ada, mempelbagaikan pengkhususan, organisasi berkemahiran tinggi, sektor pendidikan yang vibrant, penawaran ilmu yang distintif, kepelbagaian hubungkait, kepimpinan yang teguh, dan pelaburan dalam komuniti. 
        Bagi Malaysia, hub pendidikan secara meluas diakui memainkan peranan penting dalam memperteguhkan ekonomi, sosial dan kebajukan masyarakat secara keseluruhannya, justreu berupaya mencapai sembilan pemacu utama ideopolis. Namun sejauh manakah keupayaan negara mencapai sasaran ini? Apakah institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia sama ada awam ataupun swasta memiliki keupayaan bagi mempastikan pemacu-pemacu ini tercapai? Berdasarkan kajian empirikal di wilayah bandar raya Kuala Lumpur, artikel ini membincangkan pencapaian wilayah bandar raya dalam konteks pemacu-pemacu ideopolis terpilih. Artikel ini merumuskan bahawa Malaysia secara umumnya, dan wilayah bandar raya Kuala Lumpur secara khususnya telah memperlihatkan kemunculan sebuah ideopolis, seterusnya membantu mempertingkatkan daya saing negara di peringkat serantau dan global.

-Hamzah Jusoh, Habibah Ahmad, Noor Alyani Nor Azazi-

No comments:

Post a Comment