Tuesday 6 December 2011

GLOBALISASI EKONOMI : PELUANG DAN CABARAN

Sejarah ekonomi dunia menunjukkan bahawa penggubalan Perjanjian Brenton Woods pada tahun 1947, terbentuknya mekanisma IMF, World Bank dan WTO, telah membolehkan negara maju muncul sebagai peneraju ekonomi dunia. Negara maju secara terbuka menyatakan hasrat mereka untuk mendominasi orde baru dunia melalui mekanisma ekonomi khususnya WTO.

     Kekuatan mekanisama WTO dapat dikesan melalui peranannya dalam mengatur ekonomi global. Antara lain WTO bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan  pertikaian di samping diberikan peruntukan dan ketetapan antarabangsa yang membolehkan badan tersebut bertindak balas terhadap sebarang usaha yang boleh menjejaskan kepetingan negara maju.

     WTO yang dikuasai oleh negara maju, diperteguhkan lagi oleh Pekara I dan Perkara III Perjanjian Perdagangan Teras. Perjanjian ini secara jelas member kuasa kepada syarikat transnasional (MNC) yang berpusat di negara maju untuk menasihati bagaimana kerajaan sesebuah negara harus mentadbir negara masing-masing. Malah menurut Hines (2000), syarikat transnasional milik negara majulah yang menggerakkan perdgangan modal global yang memberi kekuatan kepada order baru dunia.

     Bagaimanapun, usaha ini berjalan agak perlahan kerana wujudnya Perang Dingin antara kumpulan negara Kapitalis Barat yang dipelopori oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun, dengan negara blok Sosialis-Komunis yang dipelopori oleh Russia. Perbezaan ideologi politik pada waktu itu mengongkong proses peluasan ekonomi pasaran. Ini menyebabkan negara blok Kapitalis Barat berusaha untuk merobohkan tembok politik Komunis. Usaha tersebut akhirnya berjaya setelah kekalahan tentera Russia di Afghanistan dan diikuti oleh pembubaran Kesatuan Negara Soviet Russia. Ini telah membuka lembaran baru kepada sejarah ekonomi-politik dunia.

     Sejak tamatnya Perang Dingin, Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Kesatuan Eropah telah melakar agenda peluasan ekonomi pasaran.

     Malaysia sama ada secara langsung atau tidak, juga tidak terkecuali daripada terkait dalam agenda tersebut.


Seminar Kebangsaan Geografi:
UPSI 10-11 Sep. 2007

No comments:

Post a Comment