Monday 12 December 2011

KESAN-KESAN GLOBALISASI TERHADAP PEMBANGUNAN SESEBUAH NEGARA SEDANG MEMBANGUN


Globalisasi akan memajukan ekonomi Negara

Globalisasi mewujudkan kerjasama dan persefahaman sejagat

Pemindahan teknologi ke negara kita akan bertambah pesat akibat globalisasi

Globalisasi juga menyebabkan penjajahan ekonomi oleh negara-negara maju

Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya berlaku



1. Globalisasi akan memajukan ekonomi negara.
  • Dengan kemajuan telekomunikasi, maklumat ekonomi boleh diikuti sepenuhnya.
  • Peniaga boleh menghubungi seluruh dunia dengan sidang video, Internet dan E-mail.
  • E-dagang dan E-banking juga dapat dijalankan.
  • Dengan ini, peniaga boleh meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh dunia.
  • Perdagangan antarabangsa dapat dijalankan.(berniaga/membeli-belah melalui elektronik.)
  • Peniaga dan pengguna menjual dan membeli barangan melalui internet.
  • Oleh itu, ekonomi negara berkembang pesat. (promosi pelancongan)


Online shopping

E-dagang





E-banking


2. Globalisasi mewujudkan kerjasama dan persefahaman sejagat.
  • Seluruh dunia boleh berhubung dan berinteraksi.
  • Kita boleh bertukar pengetahuan, pengalaman, budaya dan sebagainya.
  • Dengan ini salah faham dapat dikurangkan.(Hubungan erat dapat dijalin)
  • Sebarangan peristiwa dan keadaan di tempat yang lain akan diketahui dengan segera.
  • Dengan itu, kita boleh membantu negara yang berada dalam kecemasan.
  • Jadi, persefahaman sejagat yang lebih erat dapat dicapai. 







3. Pemindahan teknologi ke negara kita akan bertambah pesat akibat globalisasi.
  • Pelabur asing dengan mudah membawa teknologi baru ke negara lain.
  • Misalnya syarikat Microsoft/IBM/Acer/Intel dsn melabur di MSC.
  •  (Modal, pekerjaan, latihan tenaga pakar)
  • Pusat penyelidikan dan pembangunan R&D teknologi multimedia/teknologi canggih akan muncul.
  • Syarikat komputer akan menjalankan R&D di  MSC.
  • Rakyat kita yang turut terlibat akan menjadi mahir selepas dilatih. (dapat bantuan melalui internet)
  • Mereka lambat laun akan mampu menerap teknologi canggih asing. 
  • Dalam jangka panjang Malaysia akan mampu mencipta teknologi(R&D) sendiri.

4. Globalisasi juga menyebabkan penjajahan ekonomi oleh negara-negara maju.
  • Globalisasi menyebabkan negara maju mengetahui kedudukan ekonomi kita dengan telus.
  • Mereka juga dengan mudah terlibat dalam perniagaan saham BSKL kita.
  • Mereka juga dapat membuat spekulasi mata wang kita.
  • Akibatnya penyangak mata wang barat seperti George Soros berjaya meruntuhkan ekonomi Asia.
  • Kegawatan ekonomi Asia 1997/1998 sehingga hari ini belum pulih sepenuhnya.
  • Selain itu, negara maju dapat menguasai pasaran negara membangun.
  • Dengan kekuatan kewangan dan kemajuan TM, mereka dapat mempengaruhi minda Dunia Ketiga.


5. Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya berlaku.
  • Kini, TM/telekomunikasi begitu canggih sehingga melampaui sempadan negara.
  • Budaya liar dari barat dapat kita ikuti melalui internet, TV dsn. 
  • Budaya liar ini langsung tidak dapat ditapis.
  • Maka generasi muda terikut-ikut dengan nilai runtuh seperti….
  • Seluruh dunia akan dipengaruhi oleh budaya barat yang dominan. 
  • Budaya tempatan yang murni akhirnya dikikis oleh globalisasi.

        No comments:

        Post a Comment