Globalisasi akan memajukan ekonomi Negara |
Globalisasi mewujudkan kerjasama dan persefahaman sejagat |
Pemindahan teknologi ke negara kita akan bertambah pesat akibat globalisasi |
Globalisasi juga menyebabkan penjajahan ekonomi oleh negara-negara maju |
Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya berlaku |
1. Globalisasi akan memajukan ekonomi negara.
- Dengan kemajuan telekomunikasi, maklumat ekonomi boleh diikuti sepenuhnya.
- Peniaga boleh menghubungi seluruh dunia dengan sidang video, Internet dan E-mail.
- E-dagang dan E-banking juga dapat dijalankan.
- Dengan ini, peniaga boleh meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh dunia.
- Perdagangan antarabangsa dapat dijalankan.(berniaga/membeli-belah melalui elektronik.)
- Peniaga dan pengguna menjual dan membeli barangan melalui internet.
- Oleh itu, ekonomi negara berkembang pesat. (promosi pelancongan)
Online shopping |
E-dagang |
E-banking |
2. Globalisasi mewujudkan kerjasama dan persefahaman sejagat.
- Seluruh dunia boleh berhubung dan berinteraksi.
- Kita boleh bertukar pengetahuan, pengalaman, budaya dan sebagainya.
- Dengan ini salah faham dapat dikurangkan.(Hubungan erat dapat dijalin)
- Sebarangan peristiwa dan keadaan di tempat yang lain akan diketahui dengan segera.
- Dengan itu, kita boleh membantu negara yang berada dalam kecemasan.
- Jadi, persefahaman sejagat yang lebih erat dapat dicapai.
3. Pemindahan teknologi ke negara kita akan bertambah pesat akibat globalisasi.
- Pelabur asing dengan mudah membawa teknologi baru ke negara lain.
- Misalnya syarikat Microsoft/IBM/Acer/Intel dsn melabur di MSC.
- (Modal, pekerjaan, latihan tenaga pakar)
- Pusat penyelidikan dan pembangunan R&D teknologi multimedia/teknologi canggih akan muncul.
- Syarikat komputer akan menjalankan R&D di MSC.
- Rakyat kita yang turut terlibat akan menjadi mahir selepas dilatih. (dapat bantuan melalui internet)
- Mereka lambat laun akan mampu menerap teknologi canggih asing.
- Dalam jangka panjang Malaysia akan mampu mencipta teknologi(R&D) sendiri.
4. Globalisasi juga menyebabkan penjajahan ekonomi oleh negara-negara maju.
- Globalisasi menyebabkan negara maju mengetahui kedudukan ekonomi kita dengan telus.
- Mereka juga dengan mudah terlibat dalam perniagaan saham BSKL kita.
- Mereka juga dapat membuat spekulasi mata wang kita.
- Akibatnya penyangak mata wang barat seperti George Soros berjaya meruntuhkan ekonomi Asia.
- Kegawatan ekonomi Asia 1997/1998 sehingga hari ini belum pulih sepenuhnya.
- Selain itu, negara maju dapat menguasai pasaran negara membangun.
- Dengan kekuatan kewangan dan kemajuan TM, mereka dapat mempengaruhi minda Dunia Ketiga.
5. Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya berlaku.
- Kini, TM/telekomunikasi begitu canggih sehingga melampaui sempadan negara.
- Budaya liar dari barat dapat kita ikuti melalui internet, TV dsn.
- Budaya liar ini langsung tidak dapat ditapis.
- Maka generasi muda terikut-ikut dengan nilai runtuh seperti….
- Seluruh dunia akan dipengaruhi oleh budaya barat yang dominan.
- Budaya tempatan yang murni akhirnya dikikis oleh globalisasi.
No comments:
Post a Comment